4. LMS dan Penilaian LMS



Learning Management System (LMS)

Sebagai prasyarat projek PLG725 - Perkembangan Bahan-bahan Pengajaran, LMS perlu dibangunkan berdasarkan model reka bentuk instruksional dan Rancangan Pengajaran yang telah disediakan. Justeru untuk LMS ini, saya memilih menggunakan platform Microsoft Teams dan beberapa aplikasi lain seperti yang telah dijelaskan dalam bahagian sebelum ini : 3. Proses / Prosedur Pemilihan Aplikasi Bagi Pembangunan Protaip.

Berikut adalah tangkap layar dan penerangan ringkas bagi setiap bahagian LMS yang telah dibangunkan:

Struktur Umum LMS dalam Microsoft Teams

1. Home page - halaman utama yang memaparkan aktiviti keseluruhan dalam team secara ringkas.




2. Class Notebook - buku nota digital yang membolehkan guru dan pelajar menyimpan nota / latihan / kuiz seperti buku nota / latihan sebenar tetapi secara digital. Setiap pelajar akan dapat ruangan buku nota peribadi dan juga ruang kolaborasi bersama pelajar lain dan juga guru. 



3. Assignments - membolehkan guru memberikan tugasan kepada pelajar secara sistematik. Untuk penghantaran tugasan, pelajar boleh attach dokumen, imej ataupun link tertentu untuk disemak oleh guru. Guru boleh tetapkan mata dan rubrik bagi setiap tugasan. 



4. Grades - memaparkan mata bagi kesemua tugasan yang telah disemak. Guru / pelajar boleh melihat perkembangan pembelajaran melalui tugasan yang diselesaikan di sini. Guru juga boleh eksport data ke dalam format *.xlxs (Excel).



5. Reflects - Tools yang sangat sesuai untuk digunakan untuk mendapatkan maklum balas pelajar setelah mengikuti sestiap sesi pembelajaran.



6. Insight - tools yang boleh digunakan untuk melihat penglibatan semua pengguna (guru / pelajar) dalam teams LMS yang dibangunkan. 



7. Channel - Saluran yang boleh dicipta untuk menyusun kandungan pembelajaran secara sistematik. Guru boleh memilih untuk mencipta public atau private channel.  Dalam konteks projek ini, terdapat 6 channel yang diwujudkan; 
  • General (secara default telah diwujudkan)
  • Sesi PdP / Lesson 1
  • Sesi PdP / Lesson 2
  • Sesi PdP / Lesson 3
  • Sesi PdP / Lesson 4
  • Math Remedial


Struktur Khusus LMS yang Mengandungi Bahan Instruksional untuk Pembelajaran

1. Channel: General - memaparkan aktiviti umum dalam teams LMS.



Channel Sesi PdP / Lesson 1 - 4

Secara umumnya, untuk channel Sesi PdP / Lesson 1 - 4, ianya disusun mengikut turutan yang berikut:
  • Objektif sesi
  • Aktiviti 1
  • Aktiviti 2
  • Aktiviti 3
  • Aktiviti 4
  • Refleksi sesi

2. Channel: Sesi PdP / Lesson 1 - mengandungi kesemua aktiviti pembelajaran dan bahan instruksional bagi sesi PdP / Lesson 1



3. Channel: Sesi PdP / Lesson 2 - mengandungi kesemua aktiviti pembelajaran dan bahan instruksional bagi sesi PdP / Lesson 2



4. Channel: Sesi PdP / Lesson 3 - mengandungi kesemua aktiviti pembelajaran dan bahan instruksional bagi sesi PdP / Lesson 3



5. Channel: Sesi PdP / Lesson 4 - mengandungi kesemua aktiviti pembelajaran dan bahan instruksional bagi sesi PdP / Lesson 4



6. Channel: Math Remedial - channel khas yang diwujudkan dengan tetapan private untuk memberi bimbingan tambahan kepada murid yang lemah (murid Pemulihan Matematik)



Video Penerangan Struktur LMS Secara Keseluruhan

Berikut merupakan video penerangan berkaitan sktruktur LMS secara keseluruhan yang telah dibangunkan:


Penilaian LMS Melalui Peer Assessment

Sila isikan borang penilaian LMS yang berikut. Penilaian daripada anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Pautan kepada borang (direct link) : https://forms.office.com/r/M9tzD39Cvr

Borang penilaian LMS diadaptasi daripada : A Compact Instructional Design Review Checklist (elearningindustry.com)

1 Ulasan

  1. Sila tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.
    Please leave the comment(s) below. Thank you.

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama