3. Proses / Prosedur Pemilihan Aplikasi Bagi Pembangunan Protaip


Untuk penghasilan prototaip bahan instruksional pembelajaran yang berkesan, terdapat proses yang dilakukan untuk memilih aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan. Setiap aplikasi yang dipilih adalah berdasarkan kekuatan yang ada pada aplikasi tersebut dari aspek fungsi dan kebolehgunaan untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. 

Aplikasi untuk Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System - LMS)


Aplikasi Microsoft Teams telah dipilih sebagai aplikasi yang digunakan untuk Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS). Aplikasi ini dipilih kerana fungsinya yang sangat menarik dan boleh dikatakan lengkap, merangkumi pelbagai fungsi dalam satu aplikasi. Antara fungsi yang boleh digunakan oleh guru dan murid untuk LMS dalam Microsoft Teams adalah seperti berikut:



Bacaan lanjut tentang fungsi Microsoft Teams sebagai aplikasi pengurusan pembelajaran : Panduan Penggunaan Microsoft Teams untuk PdPR (cikguridzuan.com)

Selain daripada itu, aplikasi Microsoft Teams ini juga mesra kepada peranti telefon bimbit dan juga tablet selain daripada digunakan melalui aplikasi desktop. Para pelajar yang tidak mempunyai komputer / laptop masih boleh mengakses aplikasi Microsoft Teams dengan memasang aplikasi ini dalam peranti mereka.






Di samping itu, aplikasi Microsoft Teams ini membolehkan guru mewujudkan saluran (channel) yang boleh disetkan sebagai public ataupun private. Ini bertujuan untuk membantu guru menyediakan bahan dengan lebih awal dan hanya akan menukar akses daripada private kepada public mengikut kesesuaian waktu pembelajaran



Aplikasi untuk Aktiviti Pembelajaran

Terdapat beberapa aplikasi yang dipilih untuk digunakan sebagai aktiviti pembelajaran. Aplikasi yang dipilih ini disesuaikan mengikut fungsi dan keperluan murid yang pelbagai. Berikut merupakan aplikasi yang digunakan dan mengapa setiap satunya dipilih:

1. Aplikasi Anchor - Aplikasi Anchor ini dipilih bagi membolehkan guru menyediakan rakaman audio untuk pembelajaran. Untuk tujuan pembangunan prototaip, aplikasi ini digunakan untuk menyediakan sinopsis bagi tajuk Pecahan Tahun 3. Justeru, murid boleh mendengar terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran bagi mengetahui kemahiran yang mereka bakal pelajari.


2. Aplikasi Toy Theater (Fraction Strip & Fraction Circle) - Dua aplikasi ini dipilih kerana ianya dapat menyediakan aktiviti interaktif untuk pembelajaran Pecahan. Kedua-dua aplikasi ini sangat berfungsi bagi membolehkan guru / murid membuat simulasi untuk pecahan wajar, pecahan tak wajar, nombor bercampur, pecahan setara, tambah dan tolak pecahan. Kedua-duanya adalah aplikasi web.



3. Aplikasi Microsoft 365 (dalam Ms Teams) - Aplikasi ini merupakan aplikasi build-in dalam Microsoft Teams versi desktop. Aplikasi ini hampir menyerupai aplikasi Microsoft Office dalam versi offline yang dipasang ke dalam laptop / pc dari segi fungsi. Dengan aplikasi ini, saya selaku guru boleh menghasilkan bahan pembelajaran seperti slaid, lembaran tugasan dan dokumen-dokumen lain yang boleh disunting terus dalam Ms Teams. Untuk kegunaan murid, guru boleh setkan sebagai view only. Transisis dan animasi yang ditetapkan pada asalnya juga akan berfungsi dengan baik apabila dimuat naik ke dalam Ms Teams. 


4. Aplikasi YouTube -  aplikasi YouTube merupakan sebuah aplikasi penstriman video yang popular bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Saya memilih aplikasi ini kerana saya dapat membuat carian video yang bersesuaian secara percuma untuk digunakan bagi menyokong pembelajaran murid. Selain itu, saya selaku guru juga dapat memuat naik video yang dihasilkan sendiri untuk tujuan pembelajaran murid. Video di dalam aplikasi YouTube ini mudah digunakan melalui pautan ataupun boleh juga embed masuk ke dalam aplikasi Microsoft Teams. 

Contoh video yang dihasilkan dan dimuatnaik ke aplikasi YouTube

Aplikasi untuk Latihan / Pengurusan Latihan

1. Aplikasi Wordwall - ianya merupakan aplikasi khusus untuk membina pelbagai latihan bersifat interaktif, sama ada dalam bentuk kuiz, isi tempat kosong, padankan, label rajah dan banyak lagi. Di samping itu, aplikasi ini percuma dengan fungsi yang agak banyak untuk dimanfaat. Namun, versi percuma hanya terhad 18 jenis latihan interaktif dan 5 aktiviti interaktif yang boleh dicipta. Selain itu, aplikasi ini mempunyai pangkalan data responden yang menjawab latihan interaktif secara terperinci yang sangat membantu guru memantau hasil jawapan murid. 

Contoh latihan interaktif yang dibangunkan dalam aplikasi Wordwall


2. Aplikasi Quizizz - Aplikasi ini merupakan aplikasi khusus kuiz secara atas talian. Berkonsepkan komuniti, aplikasi ini membolehkan para guru membangunkan soalan kuiz dan berkongsi kepada komuniti yang lain. Hasil daripada perkongsian ini, ianya menjadi suatu pangkalan data soalan yang kuiz dari pelbagai subjek dan bahasa yang boleh diakses secara percuma. Sama seperti Wordwall, aplikasi Quizizz juga mempunyai tools khas untuk menganalisis jawapan bagi setiap kuiz yang dijawab oleh murid. 

3. Aplikasi Liveworksheet - Berbeza daripada Wordwall dan Quizizz, aplikasi Live Worksheet adalah berkongsepkan latihan seperti dalam lembaran kerja sebenar. Jika guru mempunya daripada salinan hardcopy bagi mana-mana latihan di dalam buku, hanya muat naik faik pdt tersebut dan buat sedikit tetapan ruangan jawapan, ianya tekahpun bertukar kepada lembaran kerja yang 'live'!

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama